Bagi pesakit asma, ada beberapa perkara yang mungkin anda perlu hindari atau dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan serangan asma berlaku atau boleh memudaratkan lagi. Namun, setiap aktiviti yang boleh mencetuskan serangan asma bagi seseorang adalah berbeza dan tidak sama antara yang lain. Berikut adalah beberapa perkara yang secara amnya perlu dipertimbangkan oleh pesakit asma:
1. Pendedahan Kepada Asap Rokok
Antara aktiviti yang perlu anda elakkan adalah asap rokok. Sebagai perokok aktif dan pasif, asap rokok boleh mencetuskan serangan asma dan merosakkan saluran pernafasan. Jadi, adalah penting untuk menjauhi kawasan yang ada asap rokok.
2. Persekitaran Yang Berhabuk.
Persekitaran yang berhabuk boleh memburukkan lagi gejala asma. Jadi, pastikan anda membersihkan rumah dengan kerap. Gunakan pembersih vakum dengan penapis HEPA. Dan kurangkan permaidani yang boleh menampung habuk. Ini akan membantu mengurangkan pendedahan anda kepada alergen yang boleh mencetuskan serangan asma.
3. Pendedahan Kepada Elergi
Jika anda mengetahui alergi tertentu yang boleh mencetuskan serangan asma, elakkan atau kurangkan pendedahan kepada alergi ini. Sebagai contoh, jika anda alah kepada hama, pastikan katil anda bersih. Gunakan sarung bantal dan tilam yang tidak menimbulkan alahan pada diri anda. Dan basuh cadar tilam anda dengan kerap.
4. Senaman Yang Berlebihan.
Senaman yang berlebihan dan boleh mencetuskan sesak nafas perlu diberi perhatian. Namun, itu tidak bermakna anda perlu mengelak daripada bersenam. Rujuk doktor anda dahulu untuk ketahui jenis senaman yang sesuai dan lakukannya dengan berhati-hati. Gunakan ubat asma terlebih dahulu sebelum bersenam juga boleh membantu mengawal gejala asma anda.
5. Perubahan Suhu Yang Terlampau.
Pendedahan kepada sejuk atau haba yang melampau, serta perubahan mendadak dalam kelembapan, boleh mencetuskan serangan asma pada sesetengah individu. Pastikan suhu dan kelembapan dalam julat yang selesa dan elakkan perubahan yang drastik. Ini akan menyebabkan serangan asma menjadi lebih cepat. Elakkan dari kawasan yang bersuhu sejuk atau panas yang melampau.
6. Tekanan Emosi Yang Tinggi.
Tekanan emosi yang tinggi atau stres dalam diri anda boleh menjejaskan kualiti pernafasan dan mencetuskan gejala asma. Apabila fikiran anda stres, secara otomatik, pernafasan akan terganggu. Dan ini akan menjadi bibit-bibit permulaan kepada serangan asma. Adalah penting untuk menguruskan tekanan dengan baik melalui teknik pernafasan, meditasi atau aktiviti yang boleh membantu menenangkan fikiran.
Adalah penting untuk bersemuka dengan doktor anda untuk dapatkan nasihat dan cadangan yang sesuai berdasarkan keadaan asma anda. Mereka akan membantu menentukan aktiviti mana yang perlu anda elakkan atau diurus dengan teliti. Supaya anda boleh menjalani kehidupan yang sihat dan terkawal daripada masalah asma.
Ingin ketahui rawatan alternatif untuk masalah asma? Klik butang di bawah untuk ketahui lebih lanjut.