Admin MuscareAromatherapy

Pencegahan Awal Asma Dengan Asam Jawa Dan Gula Batu

pencegahan awal asma

Saya nak share satu pengalaman kawan satu ofis saya ni. Saya panggil beliau dengan nama simplenya Kak As. Saya tak tahu pun beliau ada menghidap penyakit asma. Sehinggalah saya ternampak gambar beliau tengah ambil nap di FB suaminya. Selepas beberapa hari kemudian saya jumpa Kak As di Kantin.

Saya tanya khabar beliau. Macamana tahap kesihatan dia sekarang ni? Dia bagitau masih ada lagi batuk-batuk. Kahak still ada lagi. Masa kejadian tu berlaku, dia memang tak tahan sangat. Tu yang sampai kena pergi ke klinik untuk ambil nap.

Dia faham benar dengan dirinya. Jika kena dengan situasi cuaca panas & sejuk. Kahak mula berkumpul di leher. Lepas itu confirm batuk akan datang. Bila tak di rawat dengan awal. Beliau akan mula mengalami serangan asma.

Jika dibiarkan batuk tu berlanjutan sehingga 2 ke 3 hari, confirm kahak akan jadi hijau.

Jadi apa yang Kak As akan buat untuk elakkan dari serangan ni berlaku? Dia gunakan petua Asam Jawa & Gula Batu. Mudah jer petua ni, barang senang dapat di dapur. Cuma gula batu je ler tak semua rumah ada. Asam jawa confirm memang selalu ada kat dapur tu kan.

Caranya pun mudah untuk sediakan petua ni. Ambil sesudu Asam Jawa dan bancuh dalam air panaas. Tambah Gula Batu dalam bancuhan tu. Tambah secukup rasa, sampai rasa sedap di minum. Lepas tu tambah air kosong sejuk. Buat ler dalam 2 ke 3 kali sehari. InsyaAllah sembuh batuk dan kahak tu. Petua ni beliau dapat dari kawan juga.

Cuma kali ni beliau tak bernasib baik. Dengan keadaan yang sibuk ya amat, kak As biarkan batuk tu berterusan. Di biarkan berlanjutan sehingga beberapa hari. Bila dah kritikal, petua ni memang tak boleh pakai. Petua ni boleh guna masa mula-mula sebelum keadaan kritikal. Pencegahan memang elok sebelum melarat kan. So, memang Kak As kena pergi ke klinik ler jawapannya!

So, jika anda ada simptom akan jadi serangan asma bila selepas batuk yang lama. Boleh ler gunakan petua ni sebagai pencegahan awal asma yer. Baik awal-awal kita cegah sebelum keadaan jadi parah.

penyakit asma

Perihal Penyakit Asma

penyakit asma

Semua orang tak nak semua sakit-sakit ni, tapi bila dah terjadi kena ler berikhtiar untuk selesaikan juga. Jangan biarkan penyakit ini merebak dan menjadi parah. Nanti susah kita nak pulihkan kembali.

Apa yang saya nak kongsikan dengan anda semua ialah perihal dengan sakit asma ni. Penyakit ni memang tak ada lagi ubat untuk sembuhkan nya, tetapi kita boleh mengawalnya supaya ia tidak berlaku kembali. Lama-kelamaan badan kita akan berfungsi sendiri dengan baik dan sakit itu hilang dengan sendirinya.

Sebab itu kawalan penting untuk elakkan ia terjadi kembali serangan Asma. Dan badan kita akan berinteraksi untuk hindari daripada asma itu berlaku. Tapi ini semuanya mengambil masa, bukannya boleh hilang dalam masa sehari dua atau seminggu dua. Malah ada yang mengambil masa berbulan-bulan untuk hilangkan sepenuhnya.

Kena ambil masa yang lama sehingga tubuh badan kita serasi dengan keadaan baru tanpa asma. Jadi apa yang saya syorkan, buat lah pencegahan awal. Kawal persekitaran dan pemakanan supaya tak tercetus lagi asma ni.

Banyak saya lalui dengan pesakit asma ni, bila buat pencegahan awal boleh sembuh sepenuhnya. Untuk pesakit asma yang kronik, kena ambil masa untuk pulih secara total.

Ni adalah serba sedikit perkongsian tentang kawalan yang perlu anda lakukan supaya anda dapat hindari dari serangan asma:

tips bercuti asma

Jangan biarkan diri anda dalam cuaca yang sejuk. Rasanya ramai yang tahu tentang ni, dan memang mereka tak akan tidur di bilik yang berhawa dingin yang sejuk.

penyakit asma

Hindari diri anda dari cuaca panas yang melampau. Ramai orang ingat bahawa tempat sejuk jer boleh mencetuskan asma. Tapi cuaca yang panas juga boleh mengakibatkan serangan asma berlaku. Kita yang dewasa boleh juga elakkan. Tetapi kanak-kanak yang masih bersekolah, selalunya mereka teruja bila kegiatan kokurikulum atau masa kelas pendidikan jasmani. Mereka akan terdedah dengan cuaca panas terik. Kalau boleh, informkan pada guru supaya mereka boleh asingkan anak kita dari aktiviti cuaca yang panas melampau.

Perihal Sakit Asma

Aktiviti yang boleh menyebabkan kepenatan melampau. Kalau boleh, kurangkan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan kita terlalu penat sangat. Memadailah dengan aktiviti-aktiviti yang tidak terlampau berat. Bukan kita tak boleh untuk beriadah atau bersenam, tapi kita hadkan kegiatan tu. Kita tak nak menyusahkan orang lain untuk menghantar ke hospital, so kawal aktiviti kita ni.

penyakit asma

Makanan pencetus Asma. Makanan yang boleh mencetuskan asma selalunya makanan-makanan yang sejuk dan gatal. Anda boleh tengok makanan yang patut anda hindari di link ni : https://muscarearomatherapy.com/10-makanan-yang-patut-di-elakkan-pesakit-asma . Saya ada tuliskan beberapa makanan yang kita patut hindari.

penyakit asma

Elakkan dari kawasan yang berhabuk. Jika anda perlu juga berada di kawasan tersebut, pakailah pelindung habuk seperti mask atau pakai sapu tangan. Lindungi mulut & hidung dari memasuki habuk. Kena pula kita hidup di ibu kota besar, memang tak boleh nak elak dengan persekitaran yang berhabuk dan asap. So, saya mintak sangat-sangat anda yang ada masalah asma, gunakanlah pelindung habuk. Beli jer di kedai borong atau mr diy. Harga pun tak mahal mana pun. Jangan ambil ringan dengan pelindung habuk ni. Mungkin dengan inisiatif kecil ini boleh membawa perubahan pada diri anda.

Ini sebahagian perkongsian dari saya. Perkongsian ni saya dapat sendiri daripada kisah-kisah pesakit asma. Apa yang mereka syorkan dan apa yang patut kita jauhi. Semoga info ini boleh membantu anda untuk hindari dari serangan asam. Jika anda ada perkongsian yang bagus untuk mengawal asma, boleh komen di bawah dan saya akan tambah info di ruangan ini.

simptom asma

Simptom Penyakit Asma

simptom asma

Sebelum itu, kita kenal pasti dahulu, apa itu Penyakit ASMA?

Asma adalah penyakit saluran paru-paru kronik yang menyebabkan kesukaran bernafas yang berepisod. Gejala atau simptom asma disebabkan oleh radang saluran pernafasan kronik yang berterusan.

Oleh itu, saluran pernafasan pesakit asma sangat sensitif kepada pelbagai pencetus. Terdapat pelbagai pencetus serangan asma samaada pencetus dalaman atau pencetus luaran.

Apabila saluran pernafasan mengalami keradangan akibat pelbagai faktor pencetus, saluran pernafasan membengkak dan akan diisi lendir. Otot di dalam saluran pernafasan akan mengecut sehingga menyempitkan saluran pernafasan.

Saluran pernafasan yang sempit menyukarkan udara dihembuskan nafas keluar daripada paru-paru dan menyebabkan berlakunya pelbagai gejala atau simptom asma. Asma boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang berisiko tidak kira peringkat umur.

Simptom Penyakit Asma

Ada pelbagai simptom asma. Simptom ini terdiri dari sebarang tanda kepada tahap yang teruk. Simptom berbeza antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain. Sesetengah pesakit mungkin kerap mendapat serangan asma, sesetengah pesakit pula mempunyai gejala-gejala asma hanya pada masa-masa tertentu (seperti pada waktu malam atau semasa bersenam). Manakala terdapat juga pesakit yang mempunyai simptom asma sepanjang masa.

Batuk – kerap dan lebih teruk pada waktu malam atau awal pagi, menyebabkan pesakit sukar tidur atau terjaga dari tidur kerana nafas berbunyi, batuk dan/atau sesak nafas.

Nafas berbunyi – bunyi bersiul nyaring ketika menghembus nafas (paru-paru normal tidak semestinya tiada asma).

Sesak nafas – rasa sesuatu yang mencengkam atau menekan dada pesakit.

Sukar bernafas – sukar menarik nafas, tidak cukup nafas.

Serangan batuk atau nafas berbunyi beserta dengan jangkitan pernafasan.

Kadang kala, gejala asma adalah ringan dan hilang dengan sendiri atau setelah mengambil ubat asma. Ada kalanya pula, gejala asma boleh terus menjadi buruk dan lebih kerap dan pesakit mungkin mendapat serangan asma.

Apa Yang Boleh Menyebabkan Terjadinya Serangan Asma?

Alahan – Alahan terhadap makanan atau habuk. Dicetuskan oleh alergen tertentu, seperti bulu haiwan peliharaan, lipas atau debunga.

Senaman yang berlebihan – Sila dapatkan nasihat daripada doktor mengenai senaman yang kita tidak perlu buat. Kemungkinan akan menjadi lebih teruk apabila bersenam.

Terdedah kepada udara sejuk atau kering. Termasuk juga cuaca panas melampau.

Asma Pekerjaan – dicetuskan oleh perengsa di tempat kerja seperti wasap kimia, gas atau debu.

Simptom Penyakit Asma Semakin Teruk

Asma perlu dikesan dan dirawat awal untuk mengelakkan serangan asma berlaku dan agar tidak menjadi semakin teruk.

Kegagalan mengesan tanda dan simptom awal asma boleh menyebabkan asma lewat dirawat dan meningkatkan risiko dimasukkan ke hospital atau boleh mengancam nyawa.

Berikut adalah gejala-gejala yang menunjukkan asma menjadi semakin teruk:

1. Gejala asma lebih kerap dan mengganggu pada waktu siang.

2. Gejala asma lebih kerap dan semakin mengganggu pada waktu malam.

3. Semakin sukar bernafas (boleh diukur dengan aliran ekspiratori puncak- alat yang digunakan untuk menguji fungsi paru-paru).

4. Semakin kerap menggunakan alat penyedut/nap.

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang boleh menyebabkan tanda-tanda dan gejala-gejala yang berulang yang boleh mengganggu aktiviti harian. Jika tidak dikawal boleh membawa maut.

Pengesanan awal tanda-tanda asma dengan rawatan yang betul boleh menghalang kesan komplikasi asma jangka pendek dan jangka panjang.

penyebab asma

Penyebab Asma – Ramai Yang Tidak Ambil Kisah Penyakit Ini

penyebab asma

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Bagaimana Asma Boleh Berlaku?

Walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit asma, semua penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan yang kronik. Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada pelbagai sebab. Jika terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, saluran pernafasan akan menjadi radang (saluran pernafasan mengandungi lendir, bengkak, dan sempit). Seterusnya otot yang berhubung dengan saluran pernafasan ini menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan serangan asma.

penyebab asma

Faktor-Faktor Penyebab Asma

Penting untuk menyedari perkara-perkara dalam persekitaran anda yang cenderung untuk membuat asma menjadi lebih teruk. Faktor-faktor ini berbeza untuk setiap individu. Perkara yang menyebabkan berlakunya asma adalah seperti berikut:

  • Jangkitan pernafasan dan selsema

  • Pendedahan kepada asap rokok

  • Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan, dan lipas

  • Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah

  • Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba

  • Tekanan (stress)

  • Latihan (senaman)

  • Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubatan anti-radang bukan steroid seperti asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen

Sumber Artikel : www.myhealth.gov.my

Pautan : http://www.myhealth.gov.my/asma/

jangkitan saluran pernafasan

Jangkitan Saluran Pernafasan Berbahaya

jangkitan saluran pernafasan

KUALA LUMPUR: Mereka yang menyedut udara tercemar berisiko menghidap pelbagai penyakit disebabkan jangkitan pada saluran pernafasan hingga ada yang boleh membawa maut.

Saluran pernafasan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian atas yang meliputi hidung, telinga dan kerongkong, manakala bahagian bawah adalah trakea, bronkus, alveoli dan paru-paru.

Jangkitan saluran pernafasan adalah disebabkan virus atau bakteria yang menyerang manusia dewasa serta kanak-kanak.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah melaporkan, sejumlah empat juta kematian dicatatkan setahun akibat penyakit pernafasan akut yang kian meningkat, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan warga tua.

Penyakit Pernafasan Kronik (CRD) pula membabitkan paru-paru termasuk asma dan alahan pernafasan, penyakit pulmonari kronik (COPD), penyakit paru-paru, sindrom apnea dan hipertensi pulmonari.

Perokok aktif atau pasif, mereka yang terdedah kepada pencemaran udara di dalam luar rumah atau pernah menghidap jangkitan pernafasan sewaktu kecil selain terdedah di kawasan berhabuk, berdebu serta pencemaran kimia, berisiko dihadapi CRD.

Ia juga boleh menyebabkan kematian dan hilang upaya, tapi boleh diatasi dengan rawatan berkesan.

INFO : Sistem Pernafasan Manusia

  • Saluran Pernafasan : Tempat udara dilembabkan dan deria bau berfungsi

  • Hidung : Sebahagian organ dalam sistem pernafasan sebagai saluran untuk keluar masuk gas oksigen, karbon dioksida.

  • Farinks : laluan udara dan makanan berbentuk saluran corong, bermula dari dalam hidung dan memanjang ke arah leher. Panjang kira-kira 13 sentimeter.

  • Larinks : Kotak suara, terletak di bawah Farinks

  • Trakea : Saluran udara bersambung dengan Bronchi

  • Tiub Bronkus : Tisu Epitilium mengandungi unjuran rambut halus di atas permukaannya, menghalang zarah kecil seperti habuk, debu memasuki paru-paru.

  • Bronkiol : Cabang Bronkus, sebar udara ke Alveoli

  • Alveolus : Kantung udara menempatkan kawasan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida, dikelilingi kapilari darah yang bebaskan karbon dioksida ke dalam alveolus dan dihembus keluar.

  • Alveolus dan Bronkiol membentuk paru-paru. Udara bergerak keluar masuk dari paru-paru oleh pergerakan sangkar kerangka dan diafragma, mengembangkan paru-paru untuk menarik udara masuk, mengempiskan paru-paru untuk menolak udara keluar.

Fungsi Sistem Pernafasan :

  • Oksigen dalam udara diangkut dari paru-paru, hantar ke dalam darah.

  • Karbon dioksida diangkut dari darah ke paru-paru dari arah bertentangan.

  • Paru-paru kanan lebih besar dari paru-paru kiri.

  • Bulu dalam rongga hidung tapis, panaskan udara disedut.

Punca dan Simptom Penyakit berkaitan Sistem Pernafasan:

  • Karbon Monoksida dari asap kenderaan, Sulfur Dioksida dari asap kilang

  • Asap rokok, toksin, jerebu

  • Tanda jangkitan seperti demam, hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, berkahak, sakit tekak, sakit telinga, sakit otot

  • Gejala jangkitan kronik seperti pernafasan cepat dan berbunyi nyaring, rusuk dada tenggelam, sesak nafas, kurang tidur bagi bayi dan kanak-kanak.

  • Gejala lain ialah hilang deria bau dan rasa, tekanan ke atas telinga, pedih mata, demam, sakit dada, berat badan menurun, batuk berdarah.

  • Jangkitan saluran pernafasan merebak melalui sentuhan, batuk, bersin.

Antara Penyakit Berkaitan Sistem Pernafasan :

  • Asma atau lelah, immunologi disebabkan sukar bernafas

  • Penyakit paru-paru kronik (COPD)

  • Bronkitis, bronkitis akut

  • Emfisema

  • Kanser paru-paru

  • Pneumonia atau radang paru-paru

  • Batuk kering

  • Influenza atau selesema

  • Faringitis atau radang tekak.

Langkah Cegah Jangkitan Saluran Pernafasan :

  • Jaga kebersihan dan kesihatan diri, alam sekitar, berhenti merokok

  • ListCuci tangan, pakai sarung tangan, guna topeng penapis pernafasan

  • Kurangkan hubungan untuk elak penyebaran terutama kepada kanak-kanak

  • Tidak pinjamkan tuala digunakan kepada orang lain

  • Beri imunisasi kepada anak, amal pemakanan sihat

  • Elak suasana sesak dan pencemaran dalam rumah, tempat awam.

Fakta Nombor : Sistem Pernafasan Manusia

  • 12 hingga 15 kali seminit hembusan nafas manusia normal

  • 40 kali seminit hembusan nafas bayi ketika berjaga, 20 kali seminit ketika tidur

  • 1,600km panjang jaringan kapilari dalam paru-paru jika disambungkan

  • 0.5 liter air dalam badan manusia hilang setiap hari kerana bernafas

Sumber : Berita Harian, Bertarikh 28 Februari 2019
Pautan : https://www.bharian.com.my/node/253936

kesan asap rokok

Kesan Asap Rokok, Wanita Dan Kanak-Kanak Menderita

kesan asap rokok

KUALA LUMPUR: Wanita dan kanak-kanak antara golongan paling ramai menderita diserang penyakit bahaya kesan daripada pencemaran asap rokok daripada perokok tegar sekitar mereka.

Laporan kesihatan mendapati pencemaran asap rokok antara penyebab utama 80 peratus risiko serangan penyakit bahaya membabitkan golongan berkenaan.

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Berhenti Merokok Tanglin, Dr Takdir Singh, berkata walaupun kedua-dua golongan ini bukan perokok, namun terdedah asap rokok terutama daripada perokok dalam kalangan ahli keluarga.

Pendedahan sedemikian kata beliau, memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan terutama kanak-kanak dan wanita.

Mereka mendapat nikotin dan bahan kimia bertoksik dengan cara sama seperti perokok.

"Perokok pasif iaitu orang yang tidak merokok, tetapi menghidu asap rokok orang lain mendapat musibah hingga menjejaskan kesihatan.

"Bayi dan kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok berisiko mendapat penyakit jangkitan telinga, lelah, jangkitan paru-paru dan bagi wanita pula boleh melemahkan kandungan.

Risiko penyakit bahaya

"Laporan mendapati walaupun wanita tidak merokok, tetapi jika seorang daripada ahli keluarga mereka masih mengamalkan tabiat itu, risiko mereka sekeluarga diserang penyakit bahaya tinggi.

"Masalah paling ketara kelahiran bayi pramatang disebabkan pendedahan asap rokok oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan daripada bapa atau ahli keluarga lain yang merokok," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Hari Tanpa Tembakau Sedunia, di sini, baru-baru ini. Sempena hari berkenaan, Pusat Perubatan Prince Court menganjurkan program Bebas Puntung Rokok WEWE yang menggalakkan perokok mengikuti aktiviti khusus untuk berhenti merokok.

Beliau berkata, inisiatif itu diharapkan supaya lebih ramai perokok mengambil bahagian memandangkan setakat ini kesedaran individu hendak berhenti merokok meningkat kira-kira 30 peratus.

Sekurang-kurangnya beliau berkata, tiga perokok didaftarkan setiap bulan dan purata tujuh perokok berhasrat membuang tabiat berkenaan mendaftarkan diri setiap klinik kesihatan di negara ini.

Pelbagaikan aktiviti kesedaran

"Program kesedaran berhenti merokok seharusnya dilakukan dengan lebih giat dan mempelbagaikan aktiviti bagi menggalakkan lebih ramai melakukannya," katanya.

Kata Dr Takdir, sokongan dan bimbingan keluarga dapat menguatkan semangat perokok untuk berhenti.

"Anda juga boleh mendapatkan sokongan daripada forum dalam talian yang turut disertai oleh orang lain yang berhasrat berhenti merokok.

"Cuba lebih terbuka berkongsi pengalaman dengan individu yang sudah berhenti merokok selain menyertai teman turut mempunyai usaha sama dengan anda," katanya.

Info:

Amalan merokok

* Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati amalan merokok membimbangkan.

* 22.8 peratus (4,991,458) individu berusia 15 tahun ke atas adalah perokok.

* Lelaki 43 peratus

* Wanita 1.4 peratus

* 1 daripada 10 penduduk berusia 13 hingga 17 tahun merokok.

* Perokok dalam kalangan pelajar lelaki 33.2 peratus.

* Penggunaan rokok tanpa asap e-cigarette meningkat 1.0 peratus pada 2011 kepada 21 peratus pada 2015.

* Setiap seorang daripada tiga pelajar lelaki merokok sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

* Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencatatkan 600,000 kematian setiap tahun akibat terdedah kepada asap rokok.

* 28 peratus daripada jumlah berkenaan adalah kanak-kanak.

pesakit asma tidak lena tidur

Pesakit Asma Tidak Lena Tidur 62%

pesakit asma tidak lena tidur

Asma adalah satu keadaan serius yang dialami lebih 70 juta orang di Asia. Risiko serangan mendadak, kemasukan hospital dan kematian meningkat dalam kalangan pesakit berlaku kepada mereka yang tidak menguruskan asma dengan baik.

Malah, asma yang tidak diurus dengan baik juga boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit dan aktiviti harian mereka. Asma adalah satu gangguan keradangan kronik (jangka panjang) saluran udara yang menyebabkan pesakit sukar bernafas dan berdehit, sesak dada serta batuk.

Kira-kira 235 juta orang di seluruh dunia menghidap asma dan angka ini terus meningkat sekali gus menimbulkan kebimbangan kesihatan dalam kalangan masyarakat.

Di Malaysia saja, dianggarkan 3.4 peratus penduduk menghidap penyakit ini dan menjejaskan kualiti hidup ramai pesakit. Lebih memburukkan keadaan masalah berkenaan turut meningkatkan risiko kematian disebabkan kegagalan me­ngambil ubat seperti yang diarahkan dan tidak mengurus gejala yang dialami.

Menurut Perunding Kanan Dada dan Pengarah Institut Perubatan Respiratori Kuala Lumpur, Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif, walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit asma, kebanyakan kajian yang dilakukan melaporkan faktor genetik dan persekitaran seperti asap boleh menjadi punca berlakunya masalah berkenaan.

“Sebab utama masih tidak diketahui namun semua penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan yang kronik.

“Saluran pernafasan pesakit sangat sensitif kepada pelbagai sebab. Jika terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, salur pernafasan akan menjadi radang (mengandungi lendir, bengkak dan sempit).

“Seterusnya otot yang berhubung dengan saluran pernafasan ini menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan serangan asma.

“Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini me­nyebabkan kesukaran bernafas. Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma,” katanya.

Gejala asma

Apabila individu itu disahkan mendapat asma, doktor akan bertanya me­ngenai sejarah perubatan termasuk mengalami gejala yang kerap, melakukan ujian fizikal dan pemeriksaan fungsi paru-paru.

Antara tanda dan gejala asma ialah:

1. Batuk. Kebiasaannya, batuk pesakit asma lebih teruk di waktu malam dan awal pagi menyebabkan individu itu mengalami kesukaran untuk mendapatkan tidur yang lena.

2. Nafas berdehit yang akan dikeluarkan ketika pesakit bernafas.

3. Dada berasa sempit. Pesakit akan berasa dada mereka berat atau sempit seolah-olah tersepit dan ada objek di atas dada mereka.

4. Nafas pendek. Ada sesetengah pesakit yang mempunyai asma berasa seperti tidak boleh bernafas atau kehabisan udara menyebabkan mereka tercungap-cungap.

Selain itu, ada juga pencetus yang menyebabkan gejala asma bertambah teruk antaranya ialah alahan kepada habuk, bulu binatang, lipas, kulapuk dan debunga.

Bukan itu saja, iritasi seperti asap rokok, pencemaran udara, bahan kimia atau habuk di tempat kerja, sebatian di dalam produk hiasan rumah dan penyembur.

Malah, ada juga asma bertambah buruk apabila berlaku pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba selain tekanan.

Ada juga ubat yang menjadi pencetus kepada gejala asma bertambah teruk iaitu aspirin atau ubat antiradang bukan steroid (NSAID) lain.

Jika masalah asma yang dihidapi tidak diurus dengan baik, gejala yang dialami akan bertambah teruk dan menyebabkan ia lebih sukar dikawal.

“Di Malaysia, pesakit kurang mengambil serius me­ngenai penyakit asma yang dialami. Mereka percaya asma yang dihidapi masih dalam keadaan terkawal hingga mengabaikan pengambilan ubat bagi mencegah serangan teruk asma daripada berlaku.

“Pesakit juga kurang memberi perhatian kepada gejala penyakit apabila keadaan asma dialami dirasakan tidak teruk dan ini memberi kesan kepada kehidupan seharian termasuk termasuk prestasi kerja atau sekolah,” katanya.

Ujarnya, pesakit boleh belajar untuk menguruskan keadaan mereka lebih baik kerana ini akan memberi kesan positif ke atas kualiti hidup dalam jangka masa panjang.

Pada masa sama, mereka hendaklah berbincang dengan doktor mengenai usaha bagi menambah baik kawalan penyakit asma bagi mengelakkan serangan asma yang lebih teruk.

Walaupun banyak kajian sudah dijalankan dan pelbagai program pendidikan dilaksanakan, bilangan pesakit yang disifatkan sebagai tidak dapat mengawal penyakit mereka tetap sama.

Pengurusan asma

Terdapat beberapa pilihan sesuai untuk mena­ngani asma. Ubat asma yang disarankan oleh doktor memainkan peranan penting untuk menguruskan tanda dan gejala yang dialami pesakit, namun ramai menganggap ia menyusahkan.

Kebiasaannya, pesakit asma akan diberi pilihan rawatan mengikut tahap serius masalah yang dihadapi seperti:

1. Ubat sedut (pengawal). Kebiasaannya, diambil dua kali sehari bagi mencegah gejala asma dalam jangka masa panjang. Ubat pengawal termasuk kortikosteroid (jenis ubat utama) yang membantu mengurang­kan keradangan pada salur pernafasan.

2. Ubat sedut (pelega) atau lebih dikenali sebagai bronkodilator. Ia hanya membantu menenangkan dan membuka saluran pernafasan selain bertindak dengan pantas memberi kelegaan segera kepada pesakit.

Penghidap asma perlu mengikut pelan tindakan doktor sebagai langkah berjaga-jaga untuk bersedia menghadapi ancaman serangan asma.

Berdasarkan panduan dikeluarkan pengamal perubatan, asma terkawal dalam kalangan pesakit boleh dilihat jika mereka boleh melakukan sebarang aktiviti tanpa halangan dan tiada gejala di malam hari seperti terjaga.

Selain itu, mereka juga disarankan mengambil ubat pelega dua kali atau kurang dalam seminggu dan fungsi paru-paru yang normal.

Ujarnya, pengetahuan mengenai lelah di negara ini masih rendah terutama di kawasan luar bandar kerana menganggap penyakit dialami itu tidak perlu diberi perhatian.

“Tahap kesedaran pesakit di kawasan luar bandar masih rendah sekali gus tidak mengambil berat mengenai masalah lelah yang dihadapi sekali gus mengabaikan rawatan yang perlu diambil.

“Kadangkala mereka memberi alasan tidak mempunyai wang untuk membeli ubat yang mahal, namun pesakit juga enggan mendapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik terdekat.

“Pesakit perlu faham, asma adalah penyakit sepanjang hayat dan tiada penawar. Perkara yang penting ialah pesakit perlu tahu mengurus dan mengawal penyakit yang dialami,” katanya.

Tinjau selidik pengurusan asma

Hasil kaji selidik seluruh Asia menunjukkan terdapat persepsi baru mengenai tanggapan pesakit terhadap kawalan ke atas penyakit asma mereka.

Hasil tinjau selidik Recognise Asthma and Link to Symptoms and Experience Asia (REALISE) menunjukkan pesakit kurang faham mengenai keadaan kesihatan mereka dan definisi pengurusan asma.

Sungguhpun sembilan daripada 10 pesakit me­nganggap diri mereka dapat mengawal penyakit asma dialami, hanya 28 peratus benar-benar terkawal berasaskan garis panduan klinikal.

Pesakit lebih cenderung mengaitkan kawalan asma kepada pengurusan bukan pencegahan. Menurut hasil tinjau selidik terbabit, 93 peratus daripada responden Malaysia tidak menganggap asma mereka serius dan 79 peratus percaya boleh menguruskan masalah berkenaan tanpa bantuan doktor.

Akibatnya, separuh responden mendapati penggunaan ubat sedut (inhaler) menyusahkan dan 41 peratus daripada pesakit tidak melihat keperluan untuk mengambil ubat secara tetap memandangkan mereka tidak mengalami gejala penyakit atau serangan asma.

Hasil tinjau selidik itu membuktikan bahawa pesakit asma terus menanggung beban penyakit asma yang dialami. Sebanyak 92 peratus masih mengalami gejala yang membimbangkan termasuk kesukaran bernafas, batuk, berdehit dan sesak dada.

Gejala ini sedikit seba­nyak menjejaskan kualiti hidup dan produktiviti kerja mereka. Sepanjang tahun lalu, 62 peratus daripada responden Malaysia tidak dapat tidur pada waktu malam disebabkan gejala asma dan 40 peratus memerlukan rawatan di hospital.

Dua pertiga daripada pesakit terpaksa mengambil cuti bekerja atau sekolah sekurang-kurangnya sehari manakala satu perlima daripada responden mengambil cuti seminggu.

injau selidik REALISE adalah tajaan Mundipharma yang dirangka bersama Jawatankuasa Pemandu yang terdiri daripada pakar respiratori membabitkan 2,467 penghidap asma berumur 18 hingga 50 tahun di lapan negara Asia termasuk 151 responden dari Malaysia.

Menurut Pengurus Negara bagi Mundipharma Malaysia, Hans Kim, walaupun banyak kajian dijalankan dan pelbagai program pendidikan dilaksanakan, bilangan pesakit yang disifatkan sebagai tidak dapat mengawal penyakit mereka tetap sama.

“Terdapat jurang antara kepercayaan pesakit me­ngenai kawalan asma yang mencukupi dan benar-benar boleh dicapai. Namun begitu menyedihkan apabila mereka tidak dapat mengecapi perkara yang penting dalam hidup kerana terpaksa berdepan serangan tidak dijangka.

“Melalui hasil kajian ini, kami akan terus bekerjasama dengan pakar respiratori untuk menggalakkan pembangunan strategi dan alat pengurusan penyakit yang lebih baik dalam kalangan pesakit,” katanya.

Sumber : Harian Metro, bertarikh 25 Mei 2015
Pautan : https://www.hmetro.com.my/node/53296

Artikel:

Ramuan Tradisional Terbaik Untuk Asma

7 Jenis Makanan Terbaik utk Atasi ASMA Anda

10 Jenis Makanan yang perlu Anda Elakkan untuk Pesakit ASMA

Rawatan Alternatif untuk Asma & Lelah

Facebook Page : https://www.facebook.com/aromaterapi4u/

rawatan asma

Rawatan Asma Kombinasi Terbaru

rawatan asma

Asma merujuk kepada keadaan saluran pernafasan di bahagian paru-paru mengalami penyempitan sehingga penghidapnya sering mengalami kesulitan untuk bernafas.

Kira-kira 235 juta individu di seluruh dunia menghidap asma dan angka ini dijangka terus meningkat saban hari. Di Malaysia saja, dianggarkan 3.4 peratus penduduknya menghidap asma dan ia menjejaskan kualiti hidup ramai pesakit selain meningkatkan risiko kematian disebabkan kegagalan pengambilan ubat seperti yang diarahkan dan kegagalan untuk menguruskan penyakit dengan sewajarnya.

Atas faktor itu, Mundipharma Malaysia memperkenalkan rawatan kombinasi baru bagi asma, dinamakan flutiformÆ yang menggabungkan fluticasone, ubat sedut kortikosteroid (ICS) dan formoterol agonis bertindak lama (LABA), membolehkan pesakit segera mengawal asma untuk jangka waktu yang lama.

Buat pertama kali, dua ubat asma yang berkesan ini digabungkan dalam satu alat sedut (inhaler) aerosol inovatif.

Asma dipandang ringan

Perunding Kanan Pakar Perubatan Dada yang juga Pengarah Institut Perubatan Respiratori Kuala Lumpur Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif berkata, hasil tinjau selidik REALISE Asia mendapati rakyat Malaysia tidak menitikberatkan cara pengurusan penyakit asma.

Menurutnya, 41 peratus pesakit tidak menyedari keperluan untuk mengambil ubat secara tetap terutama jika individu terbabit tidak mengalami gejala atau serangan asma.

“Ramai pesakit tidak sedar kemungkinan mereka mendapat serangan asma boleh dikurangkan hanya dengan menggunakan alat sedut mereka secara tetap.

“Kealpaan dari segi penggunaan ubat mungkin disebabkan pesakit sentiasa memperkecilkan keseriusan keadaan mereka sehingga mereka mengalami gejala yang lebih teruk.

“Hampir separuh daripada pesakit yang ditinjau selidik mendapati penggunaan alat sedut menyusahkan menyebabkan terdapat keperluan untuk menyediakan ubat yang bukan saja bertindak cepat dan berkesan, tetapi juga mudah digunakan,”ujarnya.

Penghantaran ubat terus ke paru-paru memang penting dalam pengurusan asma. Untuk tujuan ini, flutiformÆ menambah baik alat sedut yang selama ini digunakan kebanyakan pesakit.

Alat penghantaran flutiformÆ mampu menghantar pecahan zarah ubat yang sangat halus bagi membolehkan lebih banyak deposit ubat masuk ke dalam paru-paru termasuk saluran udara kecil.

FlutiformÆ boleh didapati dalam tiga kekuatan dos yang memberi fleksibiliti kepada doktor untuk memilih dan menyesuaikan dos yang sewajarnya untuk pesakit mereka, bergantung kepada keseriusan penyakit dan tahap kawalan.

Profesor Persatuan Respiratori Pusat Pengajian Perubatan Respiratori Penjagaan Utama, Universiti Aberdeen Prof David Price, menekankan kombinasi fluticasone dan formoterol dalam ujian fasa III flutiformÆ menunjukkan keputusan yang memberangsangkan dari segi keberkesanan dan keselamatan berbanding komponen individu yang diberikan secara berasingan atau serentak menerusi dua alat sedut berasingan.

Beliau yakin beban keseluruhan asma dan kualiti hidup pesakit boleh ditambah baik dengan terapi jangka panjang yang berkesan.

Sementara itu, Pengurus Mundipharma Malaysia Hans Kim berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk membawa ubat baru kepada pesakit menerusi inovasi terbaik berterusan.

Su​​​​​​​mber : Harian Metro, bertarikh 20 April 2015
Pa​​​utan : https://www.hmetro.com.my/node/45062

alahan asma

Alahan Asma Bergantung Kepada Tahap Pesakit

alahan asma

Sepanjang Syawal, Anuar, 38, sering memenuhi undangan rumah terbuka. Boleh dikatakan setiap hujung minggu dia tidak melepaskan peluang membawa isteri dan anak ke rumah rakan sepejabat dan jiran tetangga.

Melihat pelbagai juadah terhidang di meja makan dia tidak melepaskan peluang menjamahnya dalam kadar yang banyak tanpa langsung menghiraukan dia penghidap asma.

Minuman berkarbonat, air batu campur serta lemang dan ketupat berasaskan pulut menjadi hidangan kegemaran pada musim lebaran ini. Memanglah ketika di kampung dia sangat beringat kerana sering diingatkan isteri.

Tetapi kali ini Anuar makan apa saja. Akibatnya pada waktu malam dia batuk tanpa henti walaupun ketika terlelap sehingga terpaksa tidur di atas sofa.

Keadaan ini berlarutan keesokan harinya sehingga memaksa Anuar mengambil cuti sakit.

Selepas bertemu doktor dan diberikan ubat sedutan barulah Anuar berasa lega. Menurut doktor yang merawatnya, untuk pesakit asma mereka mesti prihatin semua jenis makanan yang menyebabkan mereka diserang asma. Oleh itu mereka boleh mengelak mengambil dalam jumlah banyak.

Namun begitu menurut Pakar Perunding Perubatan Am & Perubatan Respiratori Hospital Pusrawi Kuala Lumpur Dr Fazilah Ahmad, anggapan bahawa makanan terutama pulut dan air batu boleh mengakibatkan sera­ngan asma ialah satu mitos. Ini kerana asma bukanlah disebabkan makanan yang diambil sebaliknya jika seseorang yang menghidap asma itu sensitif terhadap makanan yang dijamahnya, tidak mustahil dia akan diserang penyakit itu. Oleh itu penghidap asma itu sendiri perlu tahu jenis makanan yang alah dimakan agar dapat mengelak untuk mengambil dalam jumlah banyak.

“Ramai orang mengatakan pulut dan air batu penyebab asma. Memang saya tidak menafikan serangan asma boleh berlaku bagi mereka yang alah terhadap pulut dan air batu. Namun tidak boleh terus meletakkan dua makanan itu sebagai makanan larangan kepada semua penghidap asma

“Ia bergantung kepada tahap alahan pesakit terhadap makanan berkenaan. Ada pesakit yang boleh makan pulut ada juga tidak boleh, begitu juga dengan air batu,” katanya.

Asma atau lelah atau dikenali sebagai penat ialah penyakit pada paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas.

Menurut Dr Fazilah, saluran pernafasan yang dikelilingi otot ialah laluan udara bergerak bagi membolehkan seseorang bernafas dengan mudah. Dalam keadaan normal, ia kelihatan cantik dan bulat, tetapi apabila berlaku keradangan, saluran pernafasan akan menjadi sempit dan lebih kecil daripada biasa serta mengeluarkan lendir berlebihan. Dalam keadaan tertentu iaitu hipersensitif, ia membengkak dan mengecut menyebabkan pesakit kekurangan ruang untuk bernafas.

“Pengecutan juga mempunyai beberapa tahap iaitu ringan, sederhana dan teruk. Namun tidak kira pesakit berada pada tahap mana, apabila berlaku pengecutan, pesakit akan mengalami tanda seperti batuk, sesak nafas, dada ketat dan bernafas dengan termengah-mengah serta mengeluarkan bunyi bersiul-siul (wheeze) yang boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya.

Namun tidak semua pesakit asma mendapat kesemua tanda ini. Ada yang hanya mengalami batuk saja, tekak gatal, hidung berair, selesema, sesak nafas dan tidak kurang juga mengalami semua sekali bergantung benda yang menyebabkan rangsangan asma menjadi lebih tinggi.

Antaranya mereka yang alah dengan debu, habuk dan bulu kucing, pencemaran udara, jerebu yang teruk, ubat-ubatan, aktiviti lasak, emosi tidak stabil, dan tekanan keterlaluan. Mereka yang merokok juga boleh mendapat asma, produk dalam rumah berbau terlalu kuat serta cuaca yang sejuk. Sebab itu asma kerap menyerang pada waktu malam dan awal pagi berbanding pada waktu siang.

Ada juga mengatakan asma diwarisi daripada ibu bapa namun ia bukanlah satu kemestian. Ini kerana ada anak yang tidak mendapat asma walaupun kedua-dua ibu bapa ialah penghidap asma.

Jelas Dr Fazilah, terdapat empat cara asma berkembang iaitu memperolehnya ketika masih kecil pada usia tiga dan empat tahun serta akan hilang apabila usia kanak-kanak meningkat lapan dan sembilan tahun.

Ada juga penghidap menerima asma sejak kecil sehingga dewasa, ada yang mendapatnya ketika dewasa manakala yang lainnya mendapat asma pada usia 50-an ke atas.

“Asma sememangnya tidak boleh hilang tetapi ia boleh dikawal jika dirawat dengan baik. Syaratnya, penyakit dikenal pasti selain pengambilan ubat yang tepat dan dipantau oleh doktor. Jika semua perkara ini dilakukan sudah pasti pesakit tidak akan mendapat asma secara tiba-tiba atau di luar kawalan. Jika ada mung­kin ia tidak menjadi terlalu teruk,” katanya.

Rawatan pencegahan asma

Bagi rawatan asma, pesakit biasanya diberikan ubat pelegaan dan pencegahan selain mengurangkan sensitiviti kepada asma seperti habuk, debu serta persekitaran yang menyebabkan seseorang itu batuk dan selesema.

Ubat pelegaan

Ia digunakan apabila seseorang itu diserang asma. Biasanya doktor akan memberikan ubat sedutan atau inhaler yang boleh melegakan simptom asma sekali gus melonggarkan otot. Apabila disedut, ubat itu akan melalui saluran pernafasan dan membantu mengembangkan otot menyebabkan pesakit berasa lega.

Biasanya ia memberikan kesan yang cepat seawal lima minit dan bertahan sehingga empat jam. Biasanya ubat sedutan diperoleh di hospital atau boleh dibeli farmasi mengikut preskripsi doktor.

Pesakit boleh melakukan sendiri di rumah apabila asma menyerang tetapi perlu melakukan dengan teknik yang betul. Ubat ini akan terus ke saluran pernafasan dalam paru-paru. Jika salah penggunaannya, dos yang diambil tidak akan sampai kepada paru-paru membuatkan ia tidak berkesan.

Ubat pencegahan

Namun bagi pesakit yang mengalami asma lebih kerap dan ubat sedutan gagal memberikan kelegaan pesakit, perlu mendapatkan rawatan di hospital. Doktor akan memberikan ubat pencegahan seperti tablet yang dapat merehatkan otot.

Ia juga mengelak agar tanda asma tidak berulang dan serangan menjadi bertambah teruk. Ubat yang diperlukan seperti daripada kumpulan kortikosteroid yang berfungsi mengurangkan radang dalam saluran pernafasan.

Jelas Dr Fazilah, langkah pencegahan sangat penting bagi mengelak asma menjadi lebih teruk. Oleh itu pesakit perlu mengenali diri sendiri iaitu dengan mengenal pasti alahan sama ada berpunca daripada persekitaran dan makanan. Asma bukanlah penyakit yang statik sebaliknya berubah mengikut gaya hidup dan persekitaran.

Justeru, pemantauan doktor secara berterusan amat penting. Biasanya doktor akan memberikan ubat pelega namun sekiranya kurang berkesan, suntikan akan diberikan kepada pesakit. Sekiranya didapati penyakit asma bertambah baik, dos ubat boleh dikurangkan. Begitu juga sebaliknya, jika teruk, ubat akan ditambah.

“Bagi pesakit yang mengikut nasihat doktor dan mendapatkan rawatan sepenuhnya mereka boleh mengelak daripada serangan asma dan menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Bagi perokok pula mereka boleh mendapat pelbagai penyakit. Oleh itu, awasi diri sekiranya batuk berpanjangan kerana anda berkemungkinan menghidap asma atau penyakit tertentu,” katanya.

Sumber : Harian Metro, bertarikh 1 Ogos 2016

Pautan : https://www.hmetro.com.my/node/155628

kawal penyakit asma

Kawal Penyakit Asma Dengan Larian

kawal penyakit asma

Dr Fadhli Aktif Dalam Marathon

Aktiviti lasak seperti berlari sentiasa dihindari pesakit asma kerana khuatir serangan penyakit itu.

Tambah pula bagi individu yang pernah melalui episod serangan asma selepas melakukan aktiviti kecergasan, mereka berdepan trauma dan terlalu takut menyertai sebarang kegiatan fizikal.

Namun, Pegawai Perubatan Awam, Dr Mohamad Fadli Khairie dalam artikelnya, Asma: Saya boleh berlari ker? dimuat naik menerusi laman Facebook Medical Mythbusters Malaysia menyatakan kajian saintifik membuktikan sebaliknya.

“Satu kajian sistematik dan analisis meta membuktikan mereka yang mempunyai tahap aktiviti fizikal yang tinggi boleh mengurangkan kadar berlakunya serangan asma.

“Malah dalam ulasan jurnal perubatan lain mengatakan walaupun aktiviti fizikal tidak banyak mengubah fungsi paru-paru tetapi ia dapat meningkatkan fungsi jantung dan kadar maksimum pengambilan oksigen, sekali gus mengurangkan potensi untuk mendapat asma,” katanya.

Kata Dr Fadli, pesakit asma yang berhasrat terbabit dalam aktiviti aktif seperti larian perlu meneliti beberapa perkara antaranya:

1. Memastikan asma anda terkawal. Sekiranya pesakit sering mendapat serangan, pergilah berjumpa doktor. Dapatkan rawatan dan mulakan rawatan pencegahan.

Pam pencegahan perlu diambil tanpa culas, janji temu juga perlu dipenuhi. Lama-kelamaan doktor boleh mengurangkan kekerapan rawatan dan dos ubat mengikut tahap asma.

2. Kenal pasti apa yang menyebabkan serangan asma. Adakah cuaca sejuk? Debunga? Alahan? Selesema?

Kalau cuaca sejuk di luar, buatlah aktiviti di dalam rumah atau kenakan pakaian yang boleh memanaskan badan. Kalau alahan pastikan anda mengelak dengan sumber penyakit itu.

3. Mulakan dengan perlahan dan tingkatkan kelajuan. Kalau baru mula berlari, mulakan dengan berjalan sebelum tingkatkan kelajuan secara beransur-ansur.

Tetapi bagi pesakit sudah biasa berlari, jangan terus memecut. Sebaliknya mula perlahan-lahan, kemudian naikkan kelajuan mengikut rentak larian.

4. Sesetengah orang dapat serangan asma apabila berlari dalam jangka masa lama. Sekiranya anda begitu, gunakan strategi ‘jalan-lari-jalan’. Lari untuk beberapa minit, kemudian jalan untuk beberapa minit dan lari kembali.

5. Pentingnya sesi memanaskan dan menyejukkan badan. Sebelum melakukan aktiviti pastikan panaskan badan terlebih dulu.

Kalau pam pelegaan warna biru membantu, boleh ambil sebelum bermula aktiviti.

6. Sentiasa bawa pam pelegaan/pam biru/mdi salbutamol setiap kali berlari. Beritahu rakan mengenai penyakit asma dan di mana anda menyimpan pam berkenaan.

Setiap kali mendaftar untuk larian, pastikan anda memaklumkan kepada penganjur untuk langkah berjaga-jaga.

7. Berhenti lakukan aktiviti sebaik menyedari tanda-tanda ini: Batuk-batuk, lelah, tidak mampu bercakap atau dada berasa ketat. Cepat ambil pam pelegaan sebelum simptom menjadi lebih buruk.

Dr Fadli turut menambah aktiviti larian riadah boleh membantu pesakit mengawal asma mereka dengan lebih baik.

“Lebih banyak anda lakukan aktiviti fizikal, lebih banyak anda berlari, lebih baik kawalan asma anda. Paula Radclife iaitu pemenang tempat pertama beberapa siri maraton dan juga pemegang rekod dunia maraton wanita juga menghidap asma.

“Kalau kita kata asma sebagai penghalang, bagaimana dia boleh menang? Macam mana saya tahu semua ini? Saya juga ada asma!” katanya.

* Sumber Facebook Fadli Khairie & Medical Mythbusters Malaysia

Sumber : Harian Metro, bertar​ikh 18 Februari 2018

Pautan : https://www.hmetro.com.my/sihat/2018/02/313788/berlari-bantu-kawal-asma