![Cara Mengawal Serangan Asma Cara Mengawal Serangan Asma](https://muscarearomatherapy.b-cdn.net/wp-content/uploads/2020/05/blue-and-silver-stetoscope-40568-2.jpg)
Cara Mengawal Serangan Asma
Gejala sakit asma dan lelah ni, datang dan hilang mengikut tahap asma yang anda hadapi. Dan ia juga bergantung kepada faktor pencetus asma itu sendiri. Banyak faktor pencetus asma yang anda kena jauhi dan hindari. Antaranya faktor persekitaran, pemakanan dan aktiviti fizikal. Jadi, anda kena bijak mengatur diri anda daripada faktor-faktor pencetus tersebut.
![Cara Mengawal Serangan Asma Cara Mengawal Serangan Asma](https://muscarearomatherapy.b-cdn.net/wp-content/uploads/2020/05/apartment-bed-carpet-chair-269141.jpg)
Serangan asma akan menjadi lebih kerap jika anda gagal mengawal diri anda. Dan akan lebih kerap jika tidak dirawat dengan betul. Anda boleh mengalami serangan asma dari yang ringan hingga boleh mengancam nyawa.
![Cara Mengawal Serangan Asma Cara Mengawal Serangan Asma](https://muscarearomatherapy.b-cdn.net/wp-content/uploads/2020/05/people-wearing-diy-masks-3951628.jpg)
Apa Itu Serangan Asma
Serangan asma ni, satu keadaan di mana dengan secara pantas atau tiba-tiba anda mengalami sesak nafas, batuk, nafas berbunyi, dada rasa ketat atau gabungan semua simptom ini. Dan ia akan menjadi bertambah teruk semasa serangan asma.
![Cara Mengawal Serangan Asma Cara Mengawal Serangan Asma](https://muscarearomatherapy.b-cdn.net/wp-content/uploads/2020/05/man-wearing-face-mask-using-his-phone-in-the-dark-4031909.jpg)
Tanda & Simptom Serangan Asma
Setiap yang alami sakit asma & lelah akan rasai tanda-tanda yang berbeza antara satu sama lain. Antara tanda & simptom serangan asma adalah:
- Batuk
- Batuk selsema
- Berkahak
- Bernafas dengan cepat
- Rasa ketat di dada
- Nafas berbunyi
![Cara Mengawal Serangan Asma Cara Mengawal Serangan Asma](https://muscarearomatherapy.b-cdn.net/wp-content/uploads/2020/05/man-wearing-polo-shirt-holding-left-chest-128597.jpg)
Tanda anda kena berwaspada:
- Batuk tanpa henti
- Nafas berbunyi dengan teruk
- Sesak nafas yang teruk
- Susah untuk cakap dengan ayat yang panjang
- Tidur tak lena
- Sakit bahagian dada
- Kulit menjadi pucat
- Bibir dan kuku menjadi kebiruan (tanda kekurangan oksigen dalam badan)
Jadi, bagaimana anda ingin mengawal dari serangan asma yang kerap.
Ada 3 kategori cara mengawal serangan asma yang anda kena tahu:
![Cara Mengawal Serangan Asma Cara Mengawal Serangan Asma](https://muscarearomatherapy.b-cdn.net/wp-content/uploads/2020/05/empty-damaged-room-with-mattress-1853951.jpg)
1. Persekitaran
Anda kena hindari daripada tempat yang berhabuk. Jauhi tempat yang kotor. Anda kena pastikan persekitaran yang anda selalu berada dalam keadaan bersih seperti rumah, pejabat atau sekolah.
Jika anda perlu bersihkan kawasan tersebut, pastikan anda pakai pelitup muka (face mask) yang bagus supaya anda tidak menghidu habuk.
![Cara Mengawal Serangan Asma Cara Mengawal Serangan Asma](https://muscarearomatherapy.b-cdn.net/wp-content/uploads/2020/05/flat-lay-photography-of-vegetable-salad-on-plate-1640777.jpg)
2. Pemakanan
Anda tidak boleh makan makanan yang sejuk-sejuk. Termasuk juga minuman yang sejuk. Minuman bergas juga tidak digalakkan.
Anda boleh ketahui dengan lanjut dengan klik di sini:
Makanan yang anda patut elak
Tetapi ada juga makanan yang bagus untuk anda. Anda boleh baca disini:
![Cara Mengawal Serangan Asma Cara Mengawal Serangan Asma](https://muscarearomatherapy.b-cdn.net/wp-content/uploads/2020/05/muscular-athletic-man-exercising-with-dumbbell-in-sports-3836883.jpg)
3. Aktiviti Fizikal
Kurangkan aktiviti fizikal yang boleh mengancam anda dari kena serangan asma. Antaranya bersenam dengan cara berlebihan. Anda boleh lakukan senaman, tetapi dalam kadar yang ringan sahaja. Cukuplah anda buat yang biasa-biasa dan dapat keluarkan peluh anda sedikit.
![Cara Mengawal Serangan Asma Cara Mengawal Serangan Asma](https://muscarearomatherapy.b-cdn.net/wp-content/uploads/2020/05/build-builder-construction-equipment-585419-1.jpg)
Begitu juga dengan pekerjaan anda. Jangan lakukan kerja-kerja yang berat. Minta tolong pada rakan untuk bantu anda.
Jika anda ingin pulihkan masalah asma yang anda hadapi dengan rawatan tradisional, boleh klik disini.
Semoga dengan perkongsian ini, anda ada idea bagaimana cara untuk mengawal serangan asma. Jika perkongsian ini boleh membantu sahabat-sahabat atau saudara anda. Klik butang di bawah untuk share ke media sosial anda.